Geng Bas Sekolah Pra Kejora 2010

Sunday, October 18, 2009

Persembahan Murid Pra Kejora Untuk Majlis Perpisahan Pn Zuriadah.

Pada 20 Ogos lepas, murid-murid Prasekolah SK Baru Parit Buntar telah mengadakan peursembahan semperna Majlis Perpisahan Pn Zuraidah iaitu salah seorang guru di SK Baru Parit Buntar.
Sebanyak dua persembahan di pertontonkan. Murid-murid Pra Kejora telah membuat persembahan 'Nyanyian dan Gerakan' manakala Pra Musytari telah membuat persembahan Nasyid.

Jamuan Raya 2009

Pada tarikh 9 Oktober 2009,Prasekolah SK Baru Parit Buntar telah mengadakan Jamuan Hari Raya..Kesemua guru-guru, staf sokongan,pekerja dan warga kantin telah kami jemput untuk sama-sama memeriahkan Jamuan Hari Raya itu.
Pelbagai juadah makanan yang telah kami sediakan..Sebelum itu, saya bagi warga Prasekolah Sk Baru ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru SK Baru Parit Buntar yang telah menghulurkan pelbagai jenis makanan kepada murid-murid Prasekolah..Selain itu, ada diantara 'parent-parent'yang juga sudi menyumbangkan makanan kepada kami.Penyumbang terbesar makanan untuk jamuan hari raya ini adalah dari Tuan Hj Hood sekeluarga..Jasamu tetap kami kenang sampai bila-bila..:)
Antara makanan yang telah disediakan adalah bihun goreng 'singapore',nasi himpit,bubur pulut hitam, kueh raya,fruit cocktail,makanan ringan dan sebagainya.
Justeru itu,saya dan rakan-rakan mengucapkan ribuan tak terhingga kepada semua guru-guru,staf sekolah,pekerja swasta,warga kantin kerana sudi datang ke majlis kami yang tidak seberapa ini..InsyaAllah,tahun depan kami akan buat lagi.

Friday, October 16, 2009

Pengenalan Pra Kejora

Assalammualaikum..
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian,Pra Kejora Sk Baru Parit Buntar ditubuhkan pada tahun 2007.Di sekolah ini mempunyai 2 buah kelas prasekolah iaitu Pra Kejora dan Pra Musytari.
Pra Musytari kepalai oleh Puan Muliati bt Ahmad. Dengan seramai 50 orang murid pra ini,bukanlah satu kerja yang mudah untuk kami mendidik mereka ini.
Oleh itu, kami dibantu oleh dua orang pembantu pengurusan murid iaitu bagi kelas Pra Kejora adalah Puan Zalifa Hanim bt Zaina manakala kelas Pra Musytari adalah Cik Tasnem bt Ahmad.

:: Lawatan TLDM 2008 ::

:: Lawatan ke Penang 2007::


Pemandangan Kelas Pra Dari Luar